tajuk tu sengaja jer nak bagi gempak. padahal dengan negara yang sebnyak ni, satu benua pun belum tentu..
aku pun tak tahu apa lah yang mereka cari dekat blog aku. tapi kalau mengikut encik nuffi, diaorang ni duk
sibuk google pasal nasi kerabu.
kalau tak paham, ko copy and paste jer ke google translate.. boleh gitu?
selama membaca.. ...
kashmiri: you know what meaning of 'susu' ini kashmir ?
aku : nope!
kashmiri : it's pee!!(air kencing)
aku : ................?!!
aku : you know what meaning of 'babi' in malaysia?( babi tu panggilan untuk kakak ipar di india)
kashmiri : nope!!
aku : pig!
kashmiri : you mean this ? (sambil tangannya mengangkat lubang hidungnya ke atas... )
kashmiri :............?
belajar di international universiti ni memang banyak kelebihannya. dapat belajar budaya mereka. sekarang ni aku sangat rapat dengan orang kashmir(diaorang sangat tak suka bila kita kata mereka ni orang india, politic problem), dari saudi arabia, palestin, bangladesh, yaman,indonesia dan brunei.
seronok. setiap kali kitaorang hang out, mesti gaduh pasal makan. sebab selera mereka tak sama dengan selera malaysia. jadi jalan terbaik ialah, kitaorang makan fast food.
Seminggu sebelum kejadian :
Dia : Weh! lepak tak ajak...
Aku : Unplanned kot...
Dia : Bukan sekali la.. dah banyak kali aku tengok ko lepak tak ajak.. rumah aku dekat jer kot...
Aku: ok, len kali kalau lepak aku ajak...
Hari Kejadian :
Aku : weh, jom arh lepak. aku kat tempat biasa. Belakang OU..
Dia : sekarang ker? dah lewat kot..
Aku : memang waktu macam ni kitaorang lepak..orang ajak tak nak.. tak ajak touching..
Dia : Kat mana ? belakang OU tu luas.
Au : Kedai mamak As-Safa. Dekat SK Bandar Utama..
Dia : Ok! aku kenal tempat tu.. Ko tak bawa file kan ?
Aku : File apa ?
Dia : MLM!!
Aku: ???.................
tergelak besar. sebab aku pun pernah kena banyak kali. member yang tak pernah rapat ngan aku, lepas tu ajak minum2. pelik, tapi sebab ukhuwah, follow jugak. air yang di order belum sampai, dia dah buat keluar file dan pen dia. duk terang pasal MLM. hampeh.. kalau seminit dua tak per, ni berjam-jam..
baru saja habis menjalankan tugas sebagai photographer. kesimpulannya, sangat berpuas hati dan satu pengalaman baru yang sungguh best. lebih2 lagi aku ada juga berminat pasal kamera. dan sedikit sebanyak pengalaman yang di curahkan oleh ex roomate dulu sangat berguna. banyak ajaran yang di ajar olehnya di praktikkan dan en.boss amat berpuas hati dengan gambar yang di ambil. terima kasih encik ex-roomate. terima kasih juga pada majalah2 photographer yang mahal tak hengat tu.
kerja selama 2 hari ini memang rileks dan masyuk. lebih2 lagi bila dapat boss yang sangat sporting dan otak yang sama2 gila2. rakan2 sekerja pulak semuanya best. banyak perkara yang baru di pelajari seperti buat barcode untuk matric card, masukkan data untuk student guna software yang pelik2 dan guna printer yang mahal tak hengat untuk print kad matric tu.
kelongkangan mulutnya bisa mengalahkan mulut aku.
serius, boleh hilang ngantuk bila dengar mulut dia bercerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
















